Friday, February 29, 2008

RM 20 Sehari

2day aku terima email dari kakak kesayangan aku yg paling cute n comel...ni email yg di hantar kat aku...

RM 20 sehari


Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si
anak itu bertanya kepada ibu.....

Anak: Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: IBu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah
ibu!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk..... tak berani dia merenung ibunya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.

"Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ibu ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan.....bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni...apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Thursday, February 28, 2008

TERUJA


hai sumerr rasa nyerr dah lama sgt aku tak update blog aku yg tak seberapa ni...2day tak aderr aperr benda yg best buat aku cuma aku enjoy baca 1 blog ni http://mirch.blogdrive.com...suka sgt baca pasal kehidupan dia hari2 n kehidupan dia ngan hubby dia....n bila baca tu kekadang tersa ingin sgt berada kat tempat dia dengan hubby yg caring, loving serta penyabar org nyerrr....aku tak kenal sgt tuan tanah empunya bolg ni but aku rasa dia ni memang bertuah mendapat hubby yg lengkap pakej nyerr...



ok abis pasal si mirch tu ni aku nak citerr hari2 aku dalam 2 minggu ni....cam biaserr la aku dari isnin sampai jumaat aku kerja tuk menunjuk kan taat setia kepada sultan selangor kan....but semlm adalah hari yg aku tunguu iaitu examination tuk kakitangan kerajaan cam aku ni...byk gak la umat manusia yg dtg tuk periksa but tak tau la dia org dah kali kebapa ambik exam ni...mcm aku ni kali kedua aku tu exam ni coz aku kandas 1 paper....huhuhuh...senior2 aku pelik coz aku leh lulus arahan keselamatan pada 1st exam dulu n perintah am aku leh kandas padahal arahan keselamatan tu very the susah dia org ckp...but mayb luck aku kat situ kot....



ok la aku dah tak tau nak taip apa lagi ni coz sebenar nyerr tak aderr idea nak menaip..but gagahkan jugak la jari jemari aku ni....n aku upload sekali pic aku gi cherating ari tu...n sebelum terlupa..Jangan Berhenti Menjadi Yang Terbaik

Monday, February 11, 2008

happy valantines day

tinggal 3 hari saja lagi utk sampai 14 feb n tarikh ni amat bermakna bagi pasangan yg sedang bercinta...but kita sebagai umat islam n berada di dlm negara islam patut kah kita meraikan hari valantines day atau hari memperingati kekasih?

Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih’ atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks

.

dalam islam kita tidak digalakan meraikan hari valantines ni coz kita telah meniru budaya budaya barat dan jika kita terlalu taksub boleh bawa kepada murtad nya seseorg umat islam itu...but bagi aku tak semesti nya 14 feb jer leh sambut hari kekasih setiap hari pun kita boleh meluahkan rasa cinta kita kepada pasangan masing2 but dengan landasan yg betul n tidak merosakan akidah kita sebagai umat islam...

ni jerr yg dapat aku kongsi kan bersama coz aku pun bukan nyerr baik sgt pun...coz aku pun manusia yg dicipta oleh Allah yang maha Esa yg serba serbi kekurangan dan tidak boleh lari dari dosa2 besar atau kecil...akhir kata...jagan berhenti menjadi insan yang terbaik...

Wednesday, February 6, 2008

HARI YG MERISAU KAN AKU....

today aku rasa sedih sikit coz kwn2 penguatkuasa aku akan bertukar ke HQ kat shah alam....sumerr tu kene tukar coz jawatan kontrak....yg tetap akan dikekalkan dan harus la aku kan membuli penguatkuasa yg baru.....

yg merisau kan aku dari pagi tadi dia org cakap nama aku pun naik sapa tuk pertukaran tu....so aku keje mcm biase n anggap benda tu x akan terjadi...petang menjelma aku terima 1 panggilan dari pihak pengurusan utk aku ambik surat pertukaran tu...sial kene jugak aku pergi dari gombak yg tercinta ini....sampai jer kat admin aku pun ambik surat tu n bila aku tengok isi kandungan surat tu aku mula bertukar hormon n harus la abg yg jaga bahagian tu kena carut ngan aku....itu tuk jawatan lama aku jawatan penguatkuasa kontrak helo aku dah tetap sekarang ok....abis 1 admin dengar hangin aku.....nak wat lawak di kala panas terik kan...mendapat la korang....so moral of the story aku sebenar nyerr kene tipu....hampeh...

Monday, February 4, 2008

lanjutan kursus n holiday

123

today is monday...sukerr nyerr cuti ni....n aku rasa mcm nak demam coz semlm balik berhujan bagai....



kursus aku tu sume bejalan ngan lancar n aku pun kalau leh nak dtg lagi tuk kursus ni coz kursus ni bukan setakat mendengar ceramah semata...dia juga mengajar kita untuk menjadi insan yang Rabbani(bukan kumpulan nasyid Rabbani) dan mengenal diri kita dengan muhasabah....1st day aku kat sana ok jerr arr cume penceramah tu boring la sgt2 coz dia ceramah mendatar jerrr n tak aderr yg menarik bila dia sampaikan...aku ingat aku sorang jerr rupe nye ramai lagi yg tak suka sesi tu....after kiat org pun dia ajar teknik Qi Qong 1 teknik tenaga dalaman mengunakan tenaga alam....



mlm yg di nanti telah tiba dimana sumerr peserta kene melakukan aktiviti muhalahat..part ni yg aku tak suka sebenar nyerr coz kene masuk liang lahat siut...kalau korang kene korang nak masuk tak...but tak ada apa2 la....kira korang duk dlm tu nak muhasabahkan diri jerrr....


ok abis dah kursus aku tu now bebalik ke trip cherating ngan urban....balik dari kursus tu aku terus gi umah kak eina coz aku tumpang dia...sampai je kat sana aperr lagi aktiviti bergambar la coz awang ngan abg shahir bawak kemera mahal dia org kan n harus la kita org menjadi model yg tak bertauliah hahahahaha...thanks tu awang n abg shahir coz sudi ambik pic zul dan yg lain...(pic tu bilerr leh dapat)



4.00 ptg...kita org memulakan perjalanan ke court beach vollyball...sesampai jerr ngok net vollyball yg sedih..but dia org gigih jugak nak main..n aku sentap tak dapat main coz aku sebenar nyer baru lepas accident motor masar nak gi umah kak eina mlm tu...n yg mampu aku wat pergi mandi kat pantai tu ngan fauzi hahahaha.....pastu kita org bersiap tu mkn mlm n kater nyerr ader ice aperr tahh...but dah hujan ptg tu kayu api basah wat kat bilik kak eina jerr la jawab nyerrr....

hari ke-2 bgun pagi2 ni ingat nak main bola sepak pantai..but nan ada coz hujan mula turun sampai la ke tengah hari..so aktiviti kita org main UNO yg nazim bawak dari kl....seronok main game ni ngan dia org lagi bila cik lara n mila bermain hahahaha sukerr sgt....after that kita org kuar gi mkn n mencari gulai kawah katerr nyerrr...boleh tahan la sedap nyerr coz bukan kita org yg bayar......hahahaha
save duit aku maserr tu....

memang best la 1st trip aku ngan bebudak urban ni walau pun dalam keadaan OKU kan.....but tetap best....n hope next yer lagi ramai lagi bagus.....n tuk sumerr thanks ek..tak luperr kat fiq jugak aku doa kan aperr yg ko hajat kan tuk tahun depan...hahahahahaha...n akhir kata jgn berhenti menjadi yg terbaik