2day aku terima email dari kakak kesayangan aku yg paling cute n comel...ni email yg di hantar kat aku...
RM 20 sehari
Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh
anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si
anak itu bertanya kepada ibu.....
Anak: Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: IBu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu
kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah
ibu!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk..... tak berani dia merenung ibunya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit
kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.
"Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ibu ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya...
Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..
Bayangkan.....bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni...apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
RELUNG HIDUP
-
RELUNG KEHIDUPAN
Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja...
9 years ago