Friday, August 29, 2008

{$}END OF THE DAY IN PENANG{$}

MORNING DI HARI KEDUA BULAN RAMADHAN....PATUT NYERR POST NI AKU NAK WAT B4 PUASA...BUT BZ SIKIT NGAN KAWAT KEBANGSAAN YG HAZAB TU SO AKU WAT LA HARI NI...NI SAMBUNGAN GAME KAT USM..



MASING² PANTANG ADER CAMERA MESTI NAK KELUARKAN POSE MASING²NGOK LA MACAM² GAYA ADER KAN...SUME TU NAK TUNJUK BAKAT NAK JADI ANTM..HEHEHE TERMASUK LA TUAN EMPUNTYA DIRI...

anak² cek na n sham golek COMEL KAN...RASER CAM NAK CUBIT PIPI DIA ORG...


NI OTW NAK BALIK KL...MASING² WAT UCAPAN DARI WAKIL PASUKAN SORAK POK LEH..DARI WAKIL LEGEND LARA n SAB N WAKIL DARI PENGURUS(kalau salah minta maaf) CEK NA

OPS... TERLUPER PULAK PADA CHE MIE...OK KAWAN² KELUAR KAN KAMUS MASING²..HAHAHA GURAU JERRR CHE MIE IF BACA ZUL NYER BLOG....SEGALA NASIHAT YG CHE MIE BAGI AKAN ZUL INGAT SAMPAI BILER² COZ ZUL TAK NAK BERHENTI MENJADI YANG TERBAIK

Thursday, August 28, 2008

[#]HARI GAME USM OPEN[#]



gud morning sumerrr....tetibe kan pic baru bgn tido kn...pastu pic lepas mandi....jam 10 baru bgn uols coz game hari sabtu tu kul 12 kalau x silap...ni la punca2 kulit menjadi gelap...


dah sampai aperr lagi..sambil tunggu game kita org pun ber posing la bagai....n suka ngok pic sebelah kiri cam teratur jerrr...

team COBRA A



Team COBRA C & COBRA B..tersekat kat kat pusingan kedua...huhuhuhu


after game memang tak lepas dari berposing...pic sebelah kiri tu aku ngan KZ(nama panjang dirahsiakan)....


after sumer game dah habis sumerr rehat n berposing lagi...dia org ni pantang nampak org nak ambik pic dia org akan serbu....


pic ngan roy n yoe


tahniah kat cobra A n Team MBPJ...walaupun kalah semangat uols bermain tetap mengagumkan....lagi pun perbezaan mata x banyak pun setakat beza 3 n 1 mata jerr...yg penting JGN BERHENTI MENJADI YANG TERBAIK...

Wednesday, August 27, 2008

{;;} MAKAN MALAM DI PADANG KOTE{;;}

2 DIVA



PADA MLM HARI YG SAMA TU KITA ORG GI MKN KAT PADANG KOTA...WEOLS MKN SEPUAS-PUAS NYERR LA..COZ DAH SPONSER KAN...BUT SEGAN PLAK...HEHEHEHE




AFTER MKN KITA ORG JLN² KAT TEPI PAMTAI SEMENTARA TUNGGU BAS...NGOK LA GELAGAT MASING² YG PANTANG NGOK ORG NAK AMBIK GAMBAR...SUME MENGELUARKAN BAKAT SUPER MODEL....HAHAHAHAHA



SORRY LA SIKIT SGT YG AKU UPDATE COZ X TAU NAK CKP APERR...X DAPAT LUPERKAN KENANGAN MASERR TU...HOPE ADER PELUANG LAGI TUK KEMBALI SEPERTI HARI ITEW...K NANTI AKU KAN CITER MASERR GAME PLAK SAMPAI SUME KENE WAT PEMBEDAHAN PLASTIK...

Tuesday, August 26, 2008

<::>USM OPEN<::>

Hola....hope sumerr yg singgah kat blog aku yg x seberapa ni sihat hendaknyerr 2day aku baru la nak update blog aku yg hampir bersawang ini...sorry sambungan tips kuruskan badan akan di sambung after aku update sumerr kenangan kat Penang...jumaat lepas aku yg telah di import oleh pasukan cobra tuk join dia org tuk tournament netball USM coz my team x hantar...so aku pun rebut la peluang yg ader coz ni adalah game terbesar bagi sumerr game yg aderr...kita org berkumpul kat umah kie tepat jam 9.00 pagi coz bas yg ambik bebudak yg dtg dari putrajaya bertolak jam 8.00 pagi...





baru suku perjalanan kita org benti tuk mkn pagi coz driver bas x kasi mkn nasi lemak kat dalam bas..kewat siut driver bas tu....terpaksa la kita org turun dari bas n mkn la kat depan giant(lama) kelana jaya beramai-ramai....




dlm perjalanan mula² kita org ngok citer sutun...but ader masalah teknikal kat cd tu so kita org bertukar berhibur kat dalam bas...kira nyer karaoke bergerak la...dari kl sampai ke penang dia org melalak n terasa perjalanan tu jauh sekali....




dalam kul 4 lebih baru la sampai coz setiap perhetian kita org benti coz ader yg nak buang air sesajerr...lihat 4 diva from legend berposing atas katil yg menjadi rebutan...kita org telah diberikan bilik n terasa segan la plak coz bebudak yg lain kene tidur kat luar.....ok aku nak sambung keje sat lagi aku sambung mkn mlm nyer citerr plak....

Wednesday, August 20, 2008

[::]CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN [::]

salam sume.....2day aku nak bersihkan sawang kat blog ni...menci tau x ader bahan nak di ceritakan...aku byk citerr sebenar nyerr benda nak citerr but sume tu kene aku hold dulu coz aku nak tunggu pic2 dr kwn aku (maklumla x ader kamera sendiri) so 2 day aku buang sume sawang ngan petua kurus tanpa mkn ubat2 baik beli kat farmasi or klinik...di sebab kan aku aku just nak bersih kan sawang n x ader citerr yg aku nak ceritakan kat korang sumer so aku copy n paste jer dari email dari 1 of my frens....byk petua yg dia bg but 2 day aku wat la petua ni n aku letak 10 jer dulu...lagi 10 aku akan update akan dtg n mungkin esok...so enjoys uols..

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebis an lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Wednesday, August 13, 2008

[::]Jom Tengok Meet Dave[::]


last night aku kuar gi ngok wayang ngan abg angkat aku since aku dah lama x ngok wayang...last citerr yang aku ngok pun citer Hancock lakonan Will Smith...Aku pun x tau cam mana aku leh pilih citerr ni coz dlm kepala otak aku just nak ngok citerr susuk lakonan Ida Nerina(matilah nama salah eja)...but sampai kat jusco kepong citerr susuk x ader coz kat kepong tu byk org cina n thats y la napa citerr susuk x ader...so nak ke tak aku kene cari citerr lain so aku pilih citer ni...

Citerr ni mengisahkan mahluk asing yg ingin menyelamatkan plenet dia org yg nak musnah..so dia org nak cari air garam yg ader kat bumi tuk selamat kan planet(maaf if salah ulasan) so memang x rugi uols ngok citerr ni coz lakonan Eddie Murphy..dari awal sampai la abis citerr korang x akan berenti gelak la ngan lakonan dia n filem ni wat abg angkat aku x tido dlm panggung...walaupun kat panggung x penuh but bila dengar org gelak mcm penuh panggung itew.....ok la sampai sini jewr coz aku nak sambung wat keje aku...

Sunday, August 10, 2008

karnival santai d'merdeka & bowling planet ym

hola sumer....

saja letak tajuk tu coz aku x tau epr nama tournament ni...yg aku ngok kat dataran merdeka tadi karnival santai d'merdeka...9&10 ogos ader la hari tournament aku tuk merdeka open ni...hari ni ader la hari yg paling aku sukerr n happy coz 2day my team LEGEND johan tuk tournament kali ini...n dlm sejarah aku dpt main full game dari peringkat kumpulan sampai lah ke final...aku aku raser ni 1 penghargaan bg budak baru mcm aku dlm team ni...aku x ingat plak skor baper plak..aper2 hal korang singah la kat blog awang yg ader kat link aku itew....(itu pun kalau dia update..)

N pada mlm 9 ogos plak ader kejohanan bowling planet YM untuk siri merdeka...gigih kan siang ngan netball mlm bowling plak....biaser la sport men la kater kan...mlm tu aku x tau aku dpat no baper yg penting point macam hanj sgt coz aku x dpt point yg selalu aku dpt....lantak la...aku akan cuber tuk siri new year punyerr...ok la penat la aku nak tido n rest yg cukup penat siut...nn pic tuk ni mayb lambat sikit coz nak tunggu awang postkan kat website dia...n agak lama jugak aku x sebut ni...JGN BERHENTI BENJADI YANG TERBAIK...

Friday, August 1, 2008

(*)Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri(*)

HOLA...SEMOGA SIHAT N CERIA DI HARI JUMAAT YG MULIA NI...2day tak tau nak citerr aper so aku masukan la citerr yg aku ambik dari email yg di send oleh kakak kesayang aku...huhuhuhuhuh so enjoy....

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.


Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!


Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya.. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.


Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.