Monday, March 31, 2008

~;:Pic Hapy Time:;~

sebelum nyayi kene ambik pic dulu...

ni la bf baru kak sue merangkap bahan tuk aku uji kaji..hahaha..larikkkk

me n eila

tunggu turn kater nyerr

tiada lagi(mayang sari)

ngah nyayi lagu gadis dan bunga

malu konon bila nyayi x malu plak

penuh perasaan..

skandal kak bai..ops terlajak plak..larikkkkk..

me n my sis

bf kak sue nyayi x ader perasaan

the ladies

Saturday, March 29, 2008

~::La Queen Time::~

arrrrrggghhhhh...sakit kepala siut baru bangun....last night kuar n cipta balik sejarah dengan menjejakkan kaki ke club..hahahahaha dah setahun aku tak turun siut...so last night kali pertama tuk tahun ni aku menjejakkan kaki ke club n kali ke-3 aku jejak kaki ke La Queen...

mlm tadi aku kuar ngan my best fren F bukan nama sebenar n kwn2 dia...so ader la jugak org yg dah lama aku tak jumpa tegur rasa cam terharu plak coz dia org ingat lagi kat aku walau pun baru beberapa kali jumpa..antara yg aku jumpa ahfad,ali(planet YM),airi cobra(sorry aku tak tau eja nama ko) n paling aku nak jumpa sebenar nye abg Chumie coz asyik jumpa kat jalur lebar nak jugak jumpa live...nice 2 meet u abg...

my bro

ok la aku buat post ringkas coz aku nak mandi baru bangun siut...daaaaaaa.....

Friday, March 28, 2008

hapy time...

just shor post..last night aku kuar ngan kakak2 aku gi plaza ampang..apa lagi kalau gi sana nyayi la...ni la ktivi bila dapat gaji n sumerr leh kuar tanpa halang gan dari pasangan masing²..hehehehehe...so mlm tu cam biasa la aku akan menyayi tuk pembukaan...kak su plak saja nak kenal kan bf baru dia memandangkan di baru lepas clash ngan abg polis dia..sian jodoh x kesampaian....

last night memang best la coz bf kakak su memang sporting n leh terima perangan kwn² kak sue terutama aku....pas gi nyayi aku ngan all my sis gi makan kat wangsa maju...sedap siut mkn nasi lemak kat sana dia org kata tu kedai nasi lemak mali...dah la aku pun ckp short post jerr kan...pic hari isnin ni baru aku nak letak coz pic dalam proses edit nak kecik kan saiz pic tu...so jangan berhenti menjadi yang terbaik...

Wednesday, March 26, 2008

Rahsia Mengenal Diri

""Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda
menunjukkan keperibadian anda.

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai
di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya
terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan
yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas
dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:


a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati.


Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal:

bererti Anda adalah orang yang suka makan epal


b. jika anda pilih pisang:

bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang


c. jika anda pilih jeruk:

bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk


d. jika anda pilih mangga:

bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan:

bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya:

bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya

Monday, March 24, 2008

Tukar Unit

just short post jer...2day aku dapat tau yg aku akan kene tukar dari unit penguatkuasa ke unit pembangunan tanah...aku mamang patut ada kat situ coz aku wat keje unit tu...but aku sukerr duk kat unit penguatkuasa coz tak ramai n bebas sikit pergerakan aku...kalau nak tido waktu lunch pun x ader org nak kacau...aku tau dah lama dah pasal pertukaran aku ni but bos aku ckp bila dah settle keje2 pemberimilikan tanah tuk setinggan kat kundang tu coz x settle lagi..dah 15 tahun kalau aku tak silap la penduduk tak dapat hakmilik lagi..so aku ngah settle kan job ni dulu...

tadi aku mengadu ngan kakak angkat aku kat kedai mkn after kita org ngan bebudak opiz lain main vollyball...n ader 1 brother tu dengar aku mengadu..dia kata dlm awal bulan 4 ni or akhir bln 4 aku akan transfer kat sana...so tunggu jer la...lagi pun keje aku wat skang ni terlalu byk coz tertunggak dari tahun 2000....n aku ken buat dari A-Z so lambat sikit la kua nak settle kan tunggakkan fail tu sume...so aku tengah menghitung hari la ni...tension coz kene pindah barang if kene tukar unit...wah short katanyer but still panjang menjela kan..so akhir kata jgn berhenti menjadi yg terbaik...

Sunday, March 23, 2008

Urban Track Meet 2008

Pagi ahad yg mendung bertarikh 23 mac 2003 n bertempat di Komplek Sukan Kg. Pandan telah berlangsung nyerr Urban Track Meet 2008....

Acara : Urban Track Meet 2008
Tarikh : 23hb Mac 2008 (Ahad)
Tempat : Kompleks Sukan Kg Pandan
Masa : 7.00 pagi -1.00 tengahari

Urban Track Meet ni dia adakan utk suka2 sebenar nyerrtakkan la kita org asyik nak main vollyball jer kan..so komiti gtelah menganjurkan acara sukan ini...antara sukan yg pertanding kan 4x400 m, 4x200 m, 4x100m, 100 m, 200 m dan lompat jauh...n antara pasukan yg join ialah Urban, Urban United, Cobra n Planet YM.

acara pertama 4x400 m.. acara ni aku join ..penat tak hingat uols kene lari 1 balapan tu n keputusan dia Urban no 1, Urban United 2, Planet Ym 3 n Cobra no 4...

acara kedua 200 m aku rasa la coz i bukan ahli komiti kan...tuk acara ni aku tak join coz dah ada syihan n faraj ops bkn farish(matila kalau fariish baca blog aku ni..) tu acara ni ader 2 final coz dia tengok masa yg terpantas n keputusan tuk 200 m ni aku tak tau coz dia buat cara cam ni...

acara ketiga lompat jauh..acara ni aku join gak...n tuk acara ni sumer sedia maklum siapa juara dia tak payah nak teka2...lomptan aku tu 1st n 2nd amat la hanj kan..but aku besemangat semula pada lompatan ke 3 dan aku dapat no 3...keputusan 1-urban united, 2- urban, 3- urban united..

acara ke 4 ni azab sikit la bagi aku coz aku dah join tuk lompat jauh pas tu bebudak sumer tak nak jd 1 runner n aku jugak yg kene..aper lagi 100m pertama aku lari light2 jerr n aku buat pecutan pada 100 m ke2...n no 1- urban, 2- urban united n 3- cobra...

keputusan acara lain coz aku tak masuk acara ni so malas aku nak citer panjang lebar..
100m 1-urban united, 2- cobra n 3-Planet YM..

4x100 m 1-urban, 2- urban united n 3-cobra

so keputusan keseluruhan Urban United jadi johan keseluruhan tuk tahun ni ngan pungutan mata 53 cuma beza 2 mata dari team urban dengan mata 51...n kalau boleh buat tiap tahun coz leh merapat kan lg perhubungan antara ahli n menambahkan kwn hehehehehehe

p/s pic aku ngah tunggu camera man (awang) tuk edit..so tungggguuuu

Friday, March 21, 2008

Sambutan Maulidur Rasul

Pada 20 Mac 2008 ari tu aku join kontijen opiz aku tuk perarakkan maulidur rasul kat shah alam...aku bangun seawal 5 pagi n berkumpul dekat opiz....aku ngantuk giler coz aku tidur lewat mlm tu coz ader hal yg aku naik hangin sikit(biarlah aku simpan rahsia ini)....

tepat kul 5.30 kontijen gombak berangkat ke shah alam naik bas opiz yg comel itew....gigih ni ambik pic coz camera baru la kater kn....sampai jer sana aku ngok jabatan² lain sumer dah sampai but kita org bkn yg paling lambat n bukan kontijen yg di tinggalkan...

aku ingat jauh sgt la perjalannan nak ke tempat nak dengar ceramah agama n show² nasyid yg meriah itew kata nyer...ruper²nyer stadium mini shah alam ke stadium melawati shah alam sgt la dekat n bersebelahan rupanyer dlm 2 km jer tak sebelum ini mengambil jln yg agak panjang...

sesampai dlm dewan aku ngok la show² n ceramah yg ado...n aku sempat tido coz ngantuk siut...bangun² dah nak abis..time tu ramli sarip baru nak on lagu pertama dia...dah abis sume kita org mkn nasi yg di bekalkan n pastu apa lagi dah habis la citerr aku ni..aku pun dah malas nak taip panjang² ni...pic nanti aku up load coz aku nyer camera baru wat hal hilang sumerr pic aku kene mintak ngan aku...ok daaaaaaaa

Wednesday, March 19, 2008

Terperangkap Di Pusara Ibu 3

ikuti sambungan cerita ni n ni yg terakhir coz malas nak simpan lama2

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah

orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,
Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Tamat.....

Terperangkap di Pusara Ibu 2

Sambungan....

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

bersambung lagi....

Tuesday, March 18, 2008

Terperangkap di Pusara Ibu

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

bersambung....

Wednesday, March 12, 2008

Cerita Sedih Lif Rosak

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah
apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas,
mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan
lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila
agaknya elektrik ada balik.

Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita
kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita
akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga
untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku...
bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata,
sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap
bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka
kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang
sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak
bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4
orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita,
sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja
lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi
sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM
KERETA.... UWAAAAAA............

Tuesday, March 11, 2008

PKR Memerintah Selangor 3

sambungan dari babak 2....

siap sumer keje masuk kan barang SPR itew aku N kakak angkat aku (dia saluran 2) bersama KTM kami kuar dari tempat undi Sek Keb Sg kertas tuk bawak peti undi ke pusat pengumpulan peti undi kat Sek Men Sg.Pusu...yg best nyerr kete yg kita org naik kene escort ngan abg2 polis terasa cam VVIP plak kan...

sampai je kat sana aku dah nampak lautan manusia penyokong parti PKR ngan PAS berkumpul kat tepi pusat pengumpulan peti undi tu....cam tau2 je yg PKR akan memerintah Selangor ni...bagi aku aku tak kisah sapa yg memerintah..BN ke PKR ke yg penting kebajikan rakyat terjamin....so ngok jer 4 or 5 tahun ni PKR memerintah mcm mana...kalau ok aku akan undi tuk kali pertama coz tahun ni aku tak dapat undi n sedih sikit coz tahun ni mengundi jatuh pada hari lahir aku...so aku akan tunai kan tanggungjawab utk mengundi 5 tahun dari sekarang...

abis sumerr tu dalam kul 5 pagi so aku penat gilerr coz aku kan pembantu KTM aku tuk undi kali ni..kemana dia pegi aku kene tolong...n aku sampai umah dalam kul 5 pagi n aku tido sampai kul 5 ptg hati ahad...letih siut...so kepada PKR pimpin la n memerintah la Selangor ni dengan baik n tunjuk kan yg parti ini memang untuk menjaga kebajikan rakyat...n kepada BN plak jgn berhenti menjadi yg terbaik..cuba lagi 5 tahun lg...

PKR Memerintah Selangor #2

sambung tuk kira undi plak....tepat kul nak aku ngan 3 kerani mengira undi n KTM aku asing kan kertas² undi yg ado...jenuh jugak la tangan ni coz aku jerr yg buat keje coz aku kene bagi keselesaan kat mak buyong 2 org tu n makcik tuk duduk just bagi jerr kat aku kertas undi tuk aku tunjuk depan ejen..

kita org mulakan ngan Parlimen dulu...jumlah org yg ada dlm list 590 n yg dapat turn up cuma 437 or sajo...tuk undi Parlimen just 2 party yg ber tanding BN n PKR...tuk saluran aku saluran 3 PKR menang dengan jumlah 263 undi manakala BN just 168 jerr...n undi rosak ader 6...

abis jerr undian tuk Parlimen beralih plak tuk udian Negeri (ADUN)..kali ni ader 3 parti..seperti biasa BN n PKR n turut bertanding parti BEBAS...sekali lagi PKR mendahului dengan 251 undi,BN just dapat 170 manakala BEBAS 5 undi sajok...undi rosak ader 11...abis sumerr mengira undi dalam kul 8.30 mlm n aku kene tolong KTM aku tuk masukkan sumerr barang dalam sampul yg disediakan..

akan bersambung....

PKR Memerintah Selangor

aper nak buat dah rezeki pembangkang tuk jadi pemerintah untuk 1 penggal ni....so pentadbiran kerajaan selangor akan bertukar menteri besar serta exco²...mati laaaa..kecoh hari ahad sampai ari ni pasal penyokong² pembangkang berkumpul depan pejabat menteri besar selangor coz nak pasti kan exco² ngan menteri besar tak kuar kan sebarang fail(motifffff)...

k ni aku nak citerr masa aku bertugas pada 8/3/2008 tarikh keramat yg membuka mata Barisan Nasional coz samapai 5 negeri di ambil alih oleh pihak pembangkang...aku bangun seawal 5.00 pagi tuk bersiap coz aku nyer ketua tempat mengundi (KTM) akan abik aku kat umah kul 6...

bermula jam 8 aku mula bertugas ebagai kerani pertama n aku hangin sgt ngan ejen dari pihak pembangkang yg over n sengal(marah ni)sumer tak kene n aku paling kesian kat 1 uncle..dia x bawak kad pengenalan just bawak pasport antarabangsa...KTM aku dah benarkan mengundi but dia plak yg mengalahkan KTM aku tak bagi dia undi...uncle tu tunggu dekat 1/2 jam...n selesai sumer dalam kul 5 aku tutuk kaunter n masa tuk mengira undi plak...

cerita pasal kiraan undi n apa yg terjadi dekat tempat pengumpulan undi akan aku update nanti...penat arr nak menaip ni..

Thursday, March 6, 2008

best giler...

hari hari paling best dalam aku bekerja coz 1 public x ramai mayb dia org nak balik kampung mengundi kot...n 1 lg bos tak aderr beb so aku menyettle( bahasa betul ke ni) sumer keje aku sampai kul 1 dgn b'fast budak opiz payung(bayar nazar kata nyer) n keje aku jln ngan lancar dan teratur...

tiba kul 1 aku dah mula gi port selalu aku n kwn2 penguatkuasa(aku kerani jer) lepak tuk tido coz kul 1 adalah time rehat sampai kul 2 n seblm org lain duduk dulu baik aku pergi dan book tempat tu siap2...bagun dari tdo aku ngok jam kat hp dah kul 2.30 terlajak plak 1/2 jam n aku bagun2 dah ader KFC 1 barel wah 2day rezeki dtg bergolek-golek...aku melantak 2 ketul peha ayam..hahahahaha...kul 3 aku start wat balik keje aku n tetiba aku letih sgt2 hari ni aku pun sambung tido kat tempat tadi dari 3.30 hingga la kul 4.30 best gilerr...n pastu bgn terus gi kat pc aku layan YM ngan member n buka myspace n join website e-lacur bagai...but korang jgn ingat hari2 aku mcm ni...2day jerr coz aku keje ader target n target aku dpt laksanakan dgn cepat...

habis kul 5 aku keje aku terus gi court vollyball kat umah pegawai..2day ok sikit la byk yg turn up tuk vollyball hari ni..so main pun puas n tak penat sgt...n last aku tak tau aku nak taip aper lg coz pasni aku nak kuar jumper org(date kater nyerr)so akan bersambung aper yg terjadi after date..bye..bye..

sambut birthday awal

last night adalah 2 hari lagi tuk aku menjangkau usia 23 tahun...so aku pun ambik keputusan tuk sambut awal birthday aku ngan kwn2 aku n aku sebenarnye nak gunakan kupon free 1 jam yg akan tamat tempoh 9 mac ni hehehehehe....

aku masuk bilik ujibakat tu terawal coz lambat sgt nak tunggu si Baby ngan laki dia nak ambik lokman bagai n pastu nak beli mkn minum kat 7E(aku yg suh...aku masuk2 jerr terus aku gi ke monitor n terus ambik lagu keris patih (tapi bukan aku)

tepat 9.00 mlm Baby n laki serta lokman dtg n aku terus paksa pilih lagu tuk ujibakat...kang bila asyik2 aku jerr yg ujibakat dia org plak yg bosan...but mlm tadi aku rasa lagu yg si Baby ambik rasa cam teringat kan kisah silam dia ngan somebody...sumerr lagu sedih2 like kesilapan mu keegoaan mu(Dato Ct) sembilu(Ella) kesetian(sarah raisuddin) n byk lagu sedih pasal kisah silam dia ber sama org itu...but 1 lagu jer yg keluar dari konsep dia mlm tu lagu hero (Mariah Carey)tu lagu tuk Hubby dia la tu....

yg lain malas arrr nak ckp dia org nyayi lagu aperr coz sore dia org tak sesedap sore Baby....so walau pun dlm bilik sederhana besar tu ngan org yg sikit birthday aku meriah gak coz ngan perangai2 kwn2 laki si Baby yg memang frenly n gila2...argggg masa aku ngah taip postni tak sangka lagi 2 hari aku akan menjakau 23..arrrgghhhhhh..abai kan la...so cam biase la aku nyer tag line ..JANGAN BERHENTI MENJADI YG TERBAIK dari sumerr aspek tak kira cinta,kerjaya or dlm kehidupan seharian kita...

Tuesday, March 4, 2008

3 hari lagi

just the simple n fast update...x sabar nak tunggu kedatangan 8/3/2008 ni coz kita akan mengundi bakal pemimpin kita n bukan itu sajo tarikh tu adalah tarih kelahiran aku...so simple kan aku nyerr post kali ni...hehehe...

Monday, March 3, 2008

UPSI OPEN...

salam tuk sumerr...

Semlm 2 Mac 2008 aku ader tournament Netball terbuka UPSI kat Tanjung Malim...but tuk tournament ini aku tak join ngan team aku (sonique) coz kesilapan aku sendiri yg tak bincang ngan dia org pasal tournament ni n join group lain...

ok abaikan masalah tu....sebanyak 7 team yg mendaftarkan diri pada hari itu..n team yg ada Royal A, Royale B , Royale C, Sonique (team aku), Ape-ape Aje (team yg meminjam aku, USM dan Cobra.

keputusan pada ptg itu seperti biasa berpihak kepada pasukan pilihan iatu Royale...

Johan- Royale A
N.Johan- Royale B
Ketiga- Sonique

Pic nanti akan di upload kemudian czo ngah tunggu my fren nak edit sumer pic tu...kepada yg menang tahniah di ucap kan..yg kalah cuba dan terus mencuba...jGn Berhenti menjadi yg terbaik...so kita jumpa di Langkawi n UKM OPEN April nanti


P/S: nak tau lebih lanjut pasal UPSI open ni leh bukak kat sini http://ayusli.com